Trailer kedua Captain Marvel cecah 2 juta tontonan dalam sehari

KUALA LUMPUR: Bagi peminat tegar filem adiwira khususnya pengikut setia Marvel Cinematic Universe (MCU) terbitan Marvel Studios, trailer kedua Captain Marvel secara rasmi dilancarkan semalam.

Walaupun baru dilancarkan di saluran Youtube rasmi Marvel Studio, namun trailer berkenaan sudah ditonton oleh dua juta pelayar.


Captain Marvel merupakan filem superhero wanita pertama oleh Marvel Studios yang telah diumumkan penerbitannya secara rasmi pada Oktober 2014. Filem yang di adaptasi daripada watak komik Marvel itu menampilkan Brie Larson sebagai Captain Marvel.

Turut menjayakan filem tersebut ialah Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Ben Mendelsohn sebagai Talos dan ramai lagi.

Filem sentuhan pengarah hebat Anna Boden dan Ryan Fleck ini akan ditayangkan pada 8 Mac 2019.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.