Terkinja-kinja atas motor dan berarak main asap sempena habis SPM, kelakuan anak gadis ini buat netizen bimbang akan dengan generasi muda

Menjadi suatu kebiasan bagi para pelajar untuk meraikan kejayaan mereka selepas mengakhiri sesuatu, contohnya sempena menyambut berakhirnya peperiksaan besar seperti SPM. Sambutan ini sememangnya menjadi suatu tradisi di kalangan para pelajar walaupun cara meraikannya berbeza bagi setiap individu.

Terbaru, sempena berakhirnya kertas terakhir bagi pelajar SPM tahun ini, sebuah video sambutan sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah yang tidak diketahui telah tular di laman media Facebook.

Video tersebut merakamkan sekumpulan pelajar sedang membonceng motor, namun apa yang lebih mengejutkan adalah seorang pelajar perempuan berbaju kurung dan bertudung dilihat berdiri di atas motor seolah-olah menyuruh rakannya yang lain bersorak sempena habisnya peperiksaan SPM mereka.

Tidak kurang daripada itu, pelajar perempuan itu juga telah melompat dari motor tersebut dan terkinja-kinja bersama rakan-rakan lelaki yang lain. Aksi dan kelakuan para pelajar yang agak keterlaluan itu seterusnya telah menarik perhatian netizen.

Sumber : FB Viral Johor

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.