Terima ‘Ask me question’ soalan lucah daripada netizen, PU Amin sound Instafamous ini

Instafamous terkenal Norreen yang popular dengan video parodi dan ask me question di Instagram, telah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video ask me question daripada netizen, yang telah bertanyakan soalan berbau lucah kepada Noreen.

Video tersebut disifatkan tidak seharusnya dimuat naik di laman sosial oleh PU Amin, kerana ia akan mendatangkan unsur negatif kepada anak-anak muda yang baru meningkat naik. Teguran itu telah diberikan kepada Instafamous tersebut dalam satu muat naik posting di IG.

Menurut PU Amin, dia berasa amat berdukacita apabila ada Insta famous yang memberi respons tentang soalan-soalan lucah daripada netizen dan dijadikan bahan lawak.

Sebagai seorang Instafamous, seharusnya dia perlu menyedari bahawa lebih dari separuh rakyat di Malaysia ini adalah remaja dan kanak kanak. Apabila muncul video tersebut, secara tidak langsung ia bakal meranapkan akhlak.

Dalam video tersebut juga ada disebut kemaluan lelaki dengan dijadikan bahan gelak. PU Amin juga menegur supaya hiburan yang kecil dan mudah ini, jika tidak dibendung dan ditegah, maka berlambak lagi video seperti ini dibuat secara halal.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat malu melihat aksi dan soalan daripada netizen yang agak keterlaluan, kerana tanpa segan silu bertanya soalan lucah secara terang-terangan.

Mereka juga

Sumber : IG Noreen, IG PU Amin

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.