Tahniah, peserta Malaysia juara ‘R U Tough Enough’, bawa pulang hadiah RM62,950

Ketika dirinya berusia 11 tahun, insan bernama Mohd Saddam ini telah kehilangan ibu tercinta dan terpaksa belajar berdikari menguruskan kehidupan di samping menjaga 10 orang adiknya yang masih kecil.

Kehilangan ibu sememangnya memberi impak kepada dirinya, dan demi merawat hatinya yang sedih, dia gemar melakukan aktiviti larian sejak dari kecil, sehinggalah dewasa.

Namun, siapa sangka aktiviti yang menjadi minatnya itu telah membawanya memasuki pertandingan R U Tough Enough Asia Tenggara, dan menjuarai pertandingan tersebut, menewaskan 21 peserta lain.

Mohd Saddam Mohd Pittli telah menjadi peserta terpantas menyelesaikan halangan tersebut dan memenangi hadiah utama iaitu USD15,000 bersamaan RM62,950.

Selain daripada Saddam, terdapat empat orang lagi peserta dari Malaysia. Peserta negara lain turut menyertai pertandingan ini seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Saddam juga merupakan seorang tentera dan aktif menyertai acara Spartan Race.

Sumber : Remaja

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.