Suspek miliki sembilan rekod jenayah ditahan polis

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki sembilan rekod jenayah termasuk dipercayai suspek kes rogol gadis bawah umur di Lebuh Raya Jelutong, Pulau Pinang semalam.

Bagaimanapun, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta yang dinaiki suspek selepas lelaki berusia 29 tahun itu bertindak memecut kenderaannya ketika ditahan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, suspek turut melanggar sebuah motosikal dan kereta ketika dikejar pihak polis sebelum melarikan diri.

Che Zaimani berkata, mengikut rekod, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah iaitu tujuh membabitkan kes jenayah manakala dua lagi kesalahan berkaitan dadah.

Suspek akan direman di Mahkamah George Town hari ini untuk siasatan lanjut.

Kereta yang digunakan suspek.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.