Statut Rom: Malaysia sedia pinda dasar luar melibatkan jenayah antarabangsa?

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sedia mempertimbang pindaan dasar berkecuali Malaysia apabila melibatkan jenayah antarabangsa yang termaktub di dalam Statut Rom.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kaukus melibatkan Ahli Parlimen dilihat berperanan penting dalam membantu Kerajaan menentukan dasar luar melibatkan jenayah antarabangsa itu.

“Di mana keadaan yang kita harus buat keputusan, yang kita harus lantang kerana berlaku empat perkara.

“Saya meminjam empat perkara yang dianggap sebagai kesalahan jenayah antarabangsa dan ini saya gunakan Statut Rom sebagai panduan.

“Pertama berlaku jenayah genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

“Adakah Malaysia…kita sudah bersedia sebagai sebuah negara demokratik dengan menyatakan dalam dasar luar kita, apabila berlaku satu daripada empat jenayah antarabangsa ini, kita membuat pengecualian kepada dasar berkecuali dan tidak campur tangan?” tegas beliau pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang bertanyakan sama ada status penglibatan Malaysia secara positif dalam apa yang berlaku dalam kalangan etnik di Iraq serta memastikan pendirian kerajaan yang konsisten tanpa membezakan negara.

Bagaimanpun, jelasnya, Malaysia kekal dengan prinsip berkecuali dan tidak campur tangan terhadap dasar negara lain.

Menurut beliau, beberapa cabaran dihadapi termasuk kemungkinan Amerika Syarikat mengenakan tindakan veto sekiranya Israel di bawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ISS).

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.