Selepas setahun tidak jaga berat badan, Zul Ariffin kembali ke gymnasium

AKTOR popular, Zul Ariffin kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan sejak tiga hari lalu setelah setahun tidak menjaga berat badannya.

Perkara itu dikongsi Zul menerusi entri di akaun Intagram peribadinya buat tatapan orang ramai.

"After a year of working, not eating right, junk food and bad food, lot of it obviously, not sleeping right, skipping the gym, wasting time and all of that.

"There is no one to blame but myself, but all of that stops today, I have my training 2-3 times a day, everyday, over the next couple of months," tulis Zul sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Zul turut memaklumkan, selain berhasrat menurunkan berat badan dan mahukan kesihatan yang lebih baik, tujuan pelakon berkenaan kembali ke gymnasium juga ialah kerana dia mempunyai beberapa projek filem yang memerlukan dia mendapatkan semula bentuk badan seperti sebelum ini. 


This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.