Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berhubung kes rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa keterangan beberapa saksi sedang diambil sebelum pihaknya memanggil Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu.

Semalam, Azam mengesahkan SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung keputusan Mahkamah PIlihan Raya pada Jumaat yang membatalkan kemenangan Sivarraajh dalam PRU14 lalu.

BACA: SPRM siasat bekas ahli Parlimen Cameron Highlands

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas Petisyen Pilihan Raya yang dikemukakan calon DAP M Manogaran membuktikan Sivarraajh bersalah merasuah pengundi Orang Asli untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Mei lalu.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.