Promosi bengkung dengan cara yang menggiurkan di IG, Intan Najuwa dianggap melampau sehingga dikecam teruk

Minggu lalu, pelakon kecil molek, Intan Najuwa telah menimbulkan kontroversi setelah mengakui tidak tahu bagaimana caranya untuk mengisi minyak kereta sepanjang ketiadaan pembantu peribadinya.

Meskipun pelakon itu telah memadam video tersebut di laman Instagramnya, video itu telah pun tular di seluruh laman sosial sehingga mneyebabkannya dikecam oleh netizen.

Hari ini,  pelakon itu sekali lagi dikecam teruk gara-gara memuat naik sebuah video mempromosikan bengkung di laman Instagramnya.

Dalam video tersebut, Intan dilihat begitu menggiurkan dan menggoda meskipun hanya berniat untuk mempromosikan bengkung yang dipakai olehnya.

Gelagatnya di dalam video itu telah menyebabkan laman Instagram Intan dibanjiri dengan komen daripada para pengikutnya.

Disebabkan Intan memakai pakaian bersenam yang agak ketat, bentuk badannya begitu jelas kelihatan sehingga menyebabkan ramai pengikut lelaki meninggalkan komen nakal pada video tersebut.

Sumber : IG Intan Najuwa

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.