Polis sedang siasat penemuan tiga laras senjata AK-47 di Kelantan - Fuzi

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Fuzi Harun menjelaskan pihaknya sedang menyiasat berhubung penemuan tiga laras senjata di Kelantan pada 29 November lalu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, ujarnya satu laporan polis telah dibuat berkenaan isu terbabit. Malah penemuan berkenaan bukan dijumpai oleh polis sebaliknya operasi yang dijalankan pihak tentera yang bertugas.

Mengulas adakah senjata api berkenaan diseludup dari negara jiran, jelas Fuzi pihaknya sedang mengumpul maklumat penuh pelbagai sudut siasatan. Beliau berkata demikian dalam sidang media pagi tadi.

BACA: 'Kubur' senjata api Rusia dibongkar di Kelantan


Pada 30 November lalu, Astro Awani mendedahkan penemuan tiga laras senjata jenis AK-47 oleh Angkatan Tentera Malaysia yang ditemui ditanam di Kampung Gemang, Jeli Kelantan.

BACA: 'Kubur' senjata api: Siasatan lanjut masih diteruskan - Mat Sabu

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.