“Pergh Kaya Betul, Rumah Sampai 7 Tingkat!” – Sasha Saidin Teruja Buat Tour Kat Banglo Maria Tunku Sabri

Baru-baru ini tersebar di media sosial video yang menunjukkan rumah tujuh tingkat milik pengacara top Maria Tunku Sabri.
Dalam video tersebut, pengacara terkenal Sharifah Shahirah dan rakan artis beliau iaitu Sasha Saidin telah membuat ‘tour’ ke rumah Maria untuk melihat sendiri persekitaran rumah itu dari dalam.

Dah macam rumah Datuk Seri Vida pula, memang besar betul. Apa yang pasti rumah tersebut pastinya bernilai jutaan ringgit.

Dilihat Maria juga tidak keberatan berkongsi kemewahan beliau dengan rakan. Menerusi video itu juga Maria membawa tetamu melihat hiasan dalaman rumah, bilik tidur utama, bilik air dan stor yang menempatkan barangan peribadi Maria termasuk koleksi beg tangan mewah.

Sementara menerusi temubual bersama Maria, video tersebut menurutnya telah dirakam oleh rakan baiknya Sharifah Shahira ketika kunjungannya bersama rakan-rakan ke rumah sempena hari raya.

“ Sebenarnya saya tak suka tunjuk rumah sebab nanti panjang-panjang jadi macam inilah. .

“Shira yang upload di IG TVnya, saya ingatkan untuk IG Stories sahaja. Kemudian dah ada orang ceduk dan itulah yang terus jadi viral.

“Saya bukan jenis yang suka mencanang atau menunjuk. Tak suka riak-riak, tak suka britahu orang, itu saya Maria Tunku Sabri.

“Bukan saya yang kaya tapi suami dan ibu mentua saya Tanah tu ibu mentua saya yang punya,” katanya.

Tambahnya yang terkenal dengan program Jalan Jalan Cari Makan ini, dia mengeluh kerana komen-komen negatif netizen terhadapnya.

“Yang positif tu saya turut doakan semoga murah rezeki. Yang negatif tu, kita hidup ini hanya sekali, positifkanlah diri. Janganlah asyik negatif sahaja. Not nice not right.

“Semua orang jom kita positifkan diri, dapat pahala dan elak daripada dosa,” ujar Maria lagi.

Jom lihat video di bawah :

Terdahulu pengacara dan bekas pembaca berita TV3 ini menafikan yang beliau menyewa banglo mewah tujuh tingkat ini.

Rakaman video yang tular dimedia sosial beberapa bulan lepas tentang pengacara ini menyewa rumah banglo berharga RM120k sebulan bagaimanapun telah dinafikan oleh pengacara ini sendiri apabila beliau sendiri mengatakan tidak pernah terfikir untuk menyewa banglo semahal itu.

“Buat apa saya menyewa rumah semata-mata untuk menunjuk kemewahan? Lebih baik saya menyimpan duit yang ada atau pun beli hartanah.

“Sekurang-kurangnya ia boleh saya jadikan aset pada masa hadapan atau wang digunakan membawa keluarga melancong.” Katanya.

Banglo yang didiami sekarang adalah banglo yang dibina atas inisiatif suami dan ibu mentua sendiri, akui Maria. Malah, pembinaan banglo itu tiada pembabitan hutang langsung.

“Kebetulan ibu mentua mempunyai tanah di kawasan terbabit. Selepas melakukan hibah ia diserahkan kepada suami.

“Rumah dibina atas wang simpanan dikumpul bertahun-tahun. Ia dibina agar kami dekat dengan ibu mentua.” Katanya.

Bagaimanapun, pengacara itu tidak menyangka sama sekali rakaman hiasan dalaman banglo miliknya yang dibuat oleh rakan artis tular seterusnya menjadi isu dikalangan netizen, pada Syawal lalu.

“Saya hairan mengapa kediaman tujuh tingkat itu dijadikan isu sedangkan apa dilakukan adalah untuk kesenangan demi masa depan saya dan sekeluarga.” Jelasnya

Seseorang yang dikenali dengan karakter yang sangat humble ini bagaimanapun, tidak dapat menghalang tetamu bertandang ke rumah untuk melihat seterusnya merakam hiasan dalaman rumahnya. Meskipun begitu, dia tidak mahu kediamannya menjadi perhatian kerana bimbang dengan keselamatan keluarga, dan masa hadapan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BeritaSteady

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.