Pedang 'Star Wars' Luke Skywalker akan dilelong

PEDANG cahaya atau 'lightsaber' dari filem Star Wars pertama, yang juga merupakan salah satu prop filem yang paling ikonik, akan dilelong minggu depan dengan harga dianggarkan mencecah sehingga AS$200,000 (RM832,669).

Profiles in History dalam satu kenyataan pada Isnin menyebut, selain pedang itu, kira-kira 25 prop dari filem Star Wars akan turut dilelong.

Filem Star Wars mencatat kutipan berbilion dolar di seluruh dunia dan semua memorabilia dari filem sci-fi itu berjaya dilelong dengan harga yang tinggi.

Lightsaber yang akan dilelong ini digunakan oleh pelakon Mark Hamill dalam Star Wars: A New Hope dan direka oleh pereka set yang memenangi Oscar, Roger Christian.

Kesemua barangan ini akan dijual semasa acara lelongan Profiles in History Hollywood dari 11 hingga 14 Disember di Los Angeles, Nevada, Amerika Syarikat.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.