Operasi Lynas penuhi kriteria ditetapkan - Jawatankuasa penilaian

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) hari ini merumuskan segala aktiviti pengurusan syarikat itu, secara amnya, mematuhi kesemua akta-akta utama yang berkaitan.

Dalam laporan setebal 203 muka surat yang diterbitkan hari ini, jawatankuasa berkenaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu turut merumuskan pelaburan LAMP memenuhi kriteria pelaburan yang berkualiti.

“Kriteria itu termasuk mewujudkan industri berteknologi tinggi, mewujudkan rantaian nilai kepada industri, berintensifkan modal, berorientasi eksport, keluaran bernilai tambah tinggi, penekanan kepada R&D dan mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi yang berintensifkan kemahiran dan pengetahuan,” menurut laporan itu lagi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan mendapati LAMP telah mengambil inisiatif tambahan ke arah mematuhi lain-lain keperluan standard dan amalan antarabangsa secara sukarela.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.