“Nak dia, kena jumpa Kak Long kawasan dulu k?” – Fazura beri warning pada bakal GF Alvin Chong

Mula mencipta nama sebagai penyanyi lagu Mandarin, Alvin Chong, 27, kini semakin dikenali sebagai pelakon. Mula menempah nama dalam industri dunia lakonan melalui drama Awak Suka Saya Tak, pelakon berwajah tampan ini sering mencuri tumpuan para wanita di luar sana.

Terbaru, pelakon jelita Fazura baru-baru ini dilihat telah memuat naik sebuah Insta Story yang merakamkan wajah Alvin. Insta Story tersebut menunjukan Fazura sedang menikmati hidangan makanan bersama Alvin.

Dikatakan Fazura dan Alvin berkenalan dan rapat melalui suaminya, Fattah Amin yang pernah membintangi filem Suri hati Mr Pilot dengan Alvin suatu ketika dahulu.

Melalui Insta Story tersebut, Fazura juga merakamkan caption memuji peribadi Alvin. Kata Fazura, Alvin bukan sahaja cantik dengan paras rupanya malah juga pekertinya. Tambahnya lagi, dia amat menyenangi perwatakan Alvin dan kini telah mula menyayangi Alvin serta menganggapnya sebagai seorang adik.

Fazura juga sempat memberikan amaran kepada mana-mana gadis yang hendak ‘mencuba’ adiknya seorang itu, katanya mererka perlu melaluinya dahulu dan mendapatkan restunya.

Kata-kata daripada Fazura turut dibalas positif oleh Alvin di laman Instagramnya. Jadi kepada gadis-gadis diluar sana yan hendak mencuba boleh la mula tawan hati Fazura dulu ya!

Sumber : IG Fazura, IG Alvin

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.