Musa Yusof ganti Mirza sebagai KP Tourism Malaysia baharu

KUALA LUMPUR : Datuk Musa Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu menggantikan Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab yang bersara semalam.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan pelantikan itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Musa mula menyertai Tourism Malaysia pada Julai 1990 sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasan dan Fasilitasi.

Sepanjang berkhidmat dengan Tourism Malaysia, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting termasuk Pegawai Khas (Pelancongan) kepada bekas Menteri Budaya, Seni dan Pelancongan Malaysia Tan Sri Sabbaruddin Chik di antara tahun 1997 dan 1998.

Musa juga pernah menjadi Pengarah Tourism Malaysia Paris dari tahun 1998 hingga 2003.

Pengalaman beliau dalam Tourism Malaysia termasuklah dalam pembangunan pemasaran, korporat, promosi antarabangsa, promosi sokongan, dan pasaran tempatan.

Sebelum dinaikkan menjadi Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Musa telah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia/Afrika Tourism Malaysia.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.