Muat naik foto berpelukan dengan Mat Salleh, netizen sangka Vanida Imran sudah bercerai?

Vanidah binti Amran atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Vanida Imran, merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia yang terkenal dengan hasil kerjanya di kaca tv. Vanida juga merupakan isteri kepada pelakon Rashidi Ishak.

Setelah 18 tahun mendirikan rumah tangga bersama Rashidi, beliau telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mikail dan Mariyam.

Hubungan erat pasangan ini sentiasa dipuji oleh netizen sehinggalah beberapa bulan lalu, rumah tangga Vanida dan Rashidi telah dilanda kontroversi yang mengatakan mereka berdua sudah tidak sehaluan lagi. Walau bagaimanapun, Vanida telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berdua masih bersama sehinggi kini.

Terbaru di laman Instagram, Vanida telah memuat naik sebuah foto yang telah mencetuskan kontroversi. Foto itu menujukkan ‘diri’nya sedang dipeluk oleh seorang Mat Salleh ketika memotong kek. Apa yang lebih mengejutkan lagi, latar belakang foto dan pakaian yang dikenakan jelas sekali melihatkan ianya sebuah foto di majlis perkahwinan.

Hal ini telah menyebabkan netizen mula mempersoalkan sama ada benar, foto itu merupakan foto perkahwinan Vanida bersama lelaki lain sekaligus menjawab spekulasi penceraiannya dengan Rashidi selama ini.

Namun, melihatkan pada kapsyennya, jelas sekali bahawa foto itu ternyata bukan Vanida tetapi rakannya yang berwajah seiras dengannya. Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Vanidah, sahabatnya baru sahaja melangsungkan majlis resepsi dan dia hanya ingin mengucapkan tahniah kepada rakannya itu.

Namun netizen tersebut telah pun meminta maaf di dalam ruang komen berkenaan. Malah pengantin perempuan juga meninggalkan komen yang positif, merasa bangga disamakan wajah dengan Vanidah.

Sumber : IG Vanida Imran

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.