“Moga ayat Al-Quran takkan lekang dari bibirmu sayang” – Ucapan khas Siti Sarah sempena hari lahir anak sulung

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Siti Sarah dan Shuib sekeluarga, pasti mengetahui betapa cerdiknya anak sulung mereka, Uwais Al-Qarni sehingga dilihat sudah mampu menghafal banyak surah yang terkandung dalam Al-Quran meskipun baru sahaja berusia 7 tahun.

Beberapa jam yang lalu, penyanyi lagu Semakin itu dilihat telah memuat naik sekeping foto bersama Uwais dengan kapsyen yang cukup luar biasa sempena hari lahir kanak-kanak itu yang ke-7.

Kisah Uwais Al qarni yangg sangat taat pada ibunya dan segala doanya dimakbulkan Allah, wali Allah yang tidak dikenali di muka bumi tapi sangat terkenal di langit. Ibu sangat mengaguminya sampaikan anak pertama ibu, diberi nama Uwais Al Qarni.

Moga Wais terus menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai nyanyian yang selalu dinyanyikan & tak akan lekang dari bibir dan dirimu.. Terus taat pada Allah, rasul, ibu dan daddy. Moga menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain & diberikan kebaikan dunia akhirat. Happy birthday anak..

Rata-rata, ramai antara pengikut Sarah yang terharu dengan ucapan tersebut dan meninggalkan komen pada laman Instagram penyanyi cantik itu.

Sebelum ini, Sarah dan Shuib juga pernah dipuji oleh netizen gara-gara mengaplikasikan cara pembelajaran yang efektif terhadap Uwais kerana kanak-kanak itu dikatakan hanya akan diberi barang permainan sekiranya berjaya menghafaz surah yang terkandung dalam Al-Quran.

Sumber : IG Siti Sarah 

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.