Madinah pertahan dakwaan laporan audit 1MDB diubah

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mempertahankan dakwaannya bahawa terdapat pengubahan kepada laporan audit akhir 1MDB yang dibentangkan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pada Mac 2016.

Beliau berkata segala bukti dan dokumen telah diserahkan kepada PAC sewaktu memberi keterangan hampir tiga jam kepada jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, hari ini.

I have given explanation to PAC, and it is up to the PAC Chairman to inform. Kita dah serahkan (dokumen dan bukti) kepada PAC dan ada baiknya Pengerusi PAC yang beri makluman kepada media,” katanya kepada pemberita.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan memetik sumber sebagai berkata, bekas Ketua Pengarah Audit Tan Sri Ambrin Buang sewaktu prosiding PAC semalam, memberitahu bahawa tiada pengubahan pada laporan akhir 1MDB itu.

Berdasarkan kenyataan sumber itu, Ambrin memberitahu PAC bahawa apa yang didedahkan Madinah sebelum ini hanya pengubahan pada laporan draf, bukan laporan akhir.

Mengulas mengenai keterangan Ambrin itu, Madinah berkata, beliau tidak boleh memberi apa-apa komen, tetapi yang penting segala dokumen dan bukti telah diserahkan kepada PAC untuk pertimbangan lanjut.

BACA: Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli

Sementara itu, pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu pemberita, jawatankuasa berpuas hati dengan keterangan saksi utama setakat ini.

“Perjalanan prosiding hari ini memuaskan PAC dan banyak keterangan telah kita perolehi. Tentu sekali isu ialah sama ada laporan audit 1MDB diubah atau tidak, tampered or not. Kita mendapat banyak keterangan dari Madinah dan pegawai-pegawai lain.

I cannot share the evidences submitted, tapi tentu sekali Madinah memberi kenyataan tentang press conference yang dibuat, dan keterangan beliau yang selari dengan dakwaan itu,” katanya lagi.

BACA: Jabatan Audit Negara diarah gugur fakta Jho Low hadir mesyuarat 1MDB

BACA: PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB 

Saksi utama seterusnya, menurut Ahli Parlimen Beluran itu, ialah bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah, tetapi akan ada nama-nama lain yang telah disenaraipendek untuk dipanggil.

Ronald berkata, esok merupakan hari terakhir prosiding untuk tahun ini, dan ianya akan disambung pada Januari tahun hadapan.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.