Letupan di CityONE: Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden letupan gas di CityOne Megamall, Kuchingi ditamatkan malam ini setelah tiada lagi mangsa yang dipercayai tertimbus, lapor Bernama.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata anjing pengesan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri tiba ke lokasi kejadian pada pukul 9 malam untuk memeriksa keadaan sekeliling di premis terbabit.

Operasi tersebut ditamatkan pada jam 9.27 malam tadi.

"Kita serahkan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian letupan ini," kata Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, polis mengenalpasti identiti tiga lelaki yang maut dalam insiden letupan gas di CityONE Megamall, Kuching.

BACA: Letupan di CityONE Megamall, Sarawak

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek berkata mereka dikenalpasti sebagai O Kui Lim, 49 tahun, dan Tchee Kiom Joong, 24 tahun, dari Kuching.

Seorang lagi mangsa Chin Hsien Loong, 29 tahun, dari Butterworth, Pulau Pinang.

Dua daripada mangsa dipercayai pekerja Nene Chicken, sebuah restoran dalam CityONE Megamall itu.

Mereka disahkan mati di tempat kejadian disebabkan terhempap struktur bangunan semasa letupan berlaku pada 3.30 petang Selasa.

28 orang turut cedera, termasuk empat yang parah.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.