Lapan suspek kes rusuhan kuil dihadapkan ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Lapan suspek rusuhan kuil yang ditahan dalam Ops Seafield dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat lima daripada suspek dituduh dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Manakala seorang suspek dituduh dibawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara.

Dua lagi suspek masing masing dituduh dibawah Seksyen 151 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ia menjadi kes pertuduhan pertama susulan insiden kekecohan di Kuil Seri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya sejak minggu lalu.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.