Kongsi foto bertudung tudung sekolah di IG, keayuan Emma Maembong tarik perhatian peminat

Emma Maembong merupakan antara salah seorang pelakon wanita yang dilihat mempunyai pakej yang lengkap serta berbakat tinggi dalam bidang lakonan.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland dan mempunyai ‘baby face’ itu juga dikatakan sentiasa kelihatan awet muda meskipun telah berusia 26 tahun.

Terbaru, pelakon filem Hantu Rumah Sakit Jiwa itu menjadi perhatian para peminatnya setelah memuat naik sekeping foto dia memakai seragam sekolah di laman Instagram.

Berdasarkan kapseyn yang ditulis pada foto itu, Emma memberi gambaran bahawa dia sedang menjalani sesi penggambaran untuk salah satu drama yang bakal ditayangkan di TV 3, Kerana Dia Manusia Biasa.

Meskipun tidak mengenakan solekan yang tebal, ramai antara pengikut yang memuji keayuan yang terserlah pada wajah pelakon cantik itu.

Tidak kurang pula, terdapat juga segelintir antara pengikutnya yang meninggalkan komen seolah-olah mengusik memandangkan Emma juga kelihatan benar-benar seperti pelajar sekolah.

Sering terpalit dengan kontroversi, Emma pernah menegaskan bahawa dia masih belum bersedia dan tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Sebelum ini, Emma pernah digosipkan dengan pelakon utama dalam Polis Evo, Zizan Razak.

Sumber : IG Emma Maembong 

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.