Kongsi foto alat uji kehamilan, Norman Hakim sekali lagi bakal timang cahaya mata baru?

Umum diketahui bahawa pelakon Memey Suhaiza telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, hasil perkahwinannya bersama pelakon Norman Hakim beberaa bulan lalu. Puteri sulung mereka yang diberi nama Mikayla Delisha dilihat membesar dengan comel dan sihat melalui muat naik di laman media sosial Norman dan Memey.

Sepertinya baru sahaja semalam Norman berkongsikan kegembiraan ini dengan peminat, beberapa jam lalu di laman Instagram Norman sekali lagi telah berkongsi kan sebuah foto alat uji kehamilan dan sepucuk surat daripada isterinya Memey.

Muat naik ini telah menggemparkan pengikut Instagramnya. Rata-rata netizen yang melihat muat naik tersebut terkejut dan menyangka pasangan secocok ini bakal menimang cahaya mata baru.

Namun jika dilihat pada kapsyen Norman, katanya itu hanyalah foto throwback ketika dia baru sahaja mengetahui tentang kehadiran Mikayla dalam kandungan.

Sumber : IG Norman Hakim

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.