“Kenapa macam dah takde iman orang kita ni?” – Padah mencuri pisang, lelaki ini dibelasah sehingga mati oleh orang kampung?

Kerana mencuri setandan pisang seorang lelaki menemui ajal apabila telah dibelasah beramai-ramai oleh orang kampung dalam kejadian di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Terengganu semalam. Lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Di Twitter, seorang pengguna Twitter Mohd Ishak telah memuat naik status di Twitter tentang kejadian ini.

Menurut Berita Harian Online, siasatan awal di tempat kejadian menemui pisang berhampiran lokasi kejadian kerana rumah berkenaan dipercayai milik peniaga pisang.

Bagi mengesahkan dakwaan bahawa lelaki tersebut mati kerana mencuri bertandan-tandan pisang seperti yang tular di laman sosial sejak semalam, pihak PDRM memberi kenyataan bahawa pihak mereka masih menyiasat perkara sebenar kejadian, kerana siasatan sedang dijalankan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selepas berita ini tular, rata-rata ramai yang telah memberi komen, jika benar kematian lelaki tersebut kerana mencuri pisang, penduduk kampung tidak wajar mengambil tindakan sendiri dengan memukul pesalah sehingga meninggal dunia.

Sumber : Twitter Mohd Ishak, Berita Harian

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.