Kenali adik Zafran Naufal, ‘Nujum Cilik’ yang berjaya predict dengan tepat perlawanan Malaysia-Thailand sabtu lepas

Sebelum perlawanan Malaysia menentang Thailand pada sabtu lepas berlangsung, pihak Astro Arena telah menjemput seorang pelajar berusia 10 tahun iaitu adik Muhammad Zafran Naufal untuk bersama berbual dalam segmen ‘[email protected]’

Dalam rancangan tersebut, ulasan dan kepetahan adik ini membuat tekaan tentang formasi dan pemain dalam perlawanan bola Malaysia-Thailand sabtu lepas telah mendapat pujian daripada netizen.

Segmen yang dikendalikan oleh pengulas sukan terkenal, Hafizal Hamad itu, telah menerima 282 ribu tontonan di Facebook.

Telatah adik Muhammad Zafran Naufal Bin Mohd Zafriezal berusia 10 tahun dari SK Sinaran Budi, Rawang berbicara mengenai Harimau Malaya bersama atok-atok di bola@mamak!

Posted by Astro Arena on Thursday, November 29, 2018

Dalam segmen tersebut, adik Zafran Naufal telah menjangkakan bahawa tiada gol akan dijaringkan pada perlawanan sabtu lepas, dan jangkaannya tepat apabila tiada jaringan daripada Malaysia dan Thailand.

Walaupun baru berusia 10 tahun, ia bukanlah menjadi penghalang untuk adik Zafran Naufal ini mengemukakan pandangan tentang perlawanan bola dipuji netizen. Pada usia yang muda, dia berani untuk bersuara dan membuat ulasan yang baik.

Kenapa Naufal boleh kaji tentang perlawanan ni?

Namun apa yang mencuit hati netizen, apabila Hafizal Hamad bertanya kepada adik Naufal sebab dia mengkaji tentang perlawanan ini? Jawapan adik Naufal bahawa persekolahan telah pun habis, telah memecah ketawa daripada pengulas sukan itu.

Apabila ditanya tentang pemain kegemaraannya dalam skuad bola sepak kebangsaan, dia menjawab Zakuan Adha dan dia meminati pasukan Liverpool.

Di laman Instagram adik Zafran Naufal, foto yang dimuat naik kebanyakannya fotonya bersama pemain bola. Ini menunjukkan sejak kecil, Zafran Naufal memang meminati pasukan Harimau Malaya.

Di ruangan komen, ramai yang memuji keberanian dan kepetahan adik Zafran Naufal membuat ulasan. Netizen juga mengucapkan tahniah kepada adik Zafran kerana telah membuktikan bahawa pada usianya yang masih kecil, dia berupaya untuk mengemukakan pandangan yang bernas.

Sumber :Facebook Zaf Junior, IG Zafran Naufal, Astro Arena

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.