“Jujur saya ikhlas nak bantu hampa…” -‘TQ Bellaz’ terima kecaman, didakwa cantas job Mua lain

Baru-baru ini, jurusolek terkenal Mua Bellaz telah menawarkan satu khidmat perkhidmatan solekan dengan bayaran seikhlas hati kepada pelanggannya yang kurang berkemampuan, namun teringin untuk merasai air tangan solekan Mua Bellaz.

Namun, setelah seminggu dihebahkan kepada orang ramai, Bellaz telah menerima kecaman daripada jurusolek lain kerana didakwa telah mencantas kerja jurusolek lain.

Dalam muat naik status Bellaz di Facebook, beliau telah meluahkan rasa kecewa dan sedih kerana niatnya yang hanyalah sekadar ingin membantu, telah disalah tafsir oleh orang lain yang telah melemparkan dakwaan sedemikian.

Saya mintak maaf sy tak mampu puaskan hati org …insyallah Allah swt yg tahu niat ikhlas saya ni ….😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭Saya…

Posted by Make up by Bellaz on Tuesday, December 4, 2018

Saya mintak maaf saya tak mampu puaskan hati orang. Insya-Allah, Allah yang tahu niat ikhlas saya ni. Saya juga ada perasaan hati, kenapa perlu memaki hamun saya sebegitu.

Seolah-olah saya buat perkara yang amat besar kesalahannya. Kita tak pernah bersua muka, tak pernah sembang sampai hati. Saya cuma Mua kampung orang biasa sahaja.

Saya open TQ Bellaz Makeup’ khas untuk orang yang tidak berkemampuan, tapi nak sangat rasa Bellaz makeup. Saya akan buka beberapa bulan sahaja, bukan selamanya. Niat amal jariah saya untuk meringankan beban orang tak berkemampuan sahaja.

Saya tak pernah terniat nak cantas mana-mana Mua semua. Saya nak berkwan semua. Saya tak terniat langsung untuk mencantas or sebagainya. Saya hanya niat nak bantu orang-orang yang tidak berkemampuan sahaja.

Allahu Akbar tarik nafas panjang saya…

Saya manusia biasa sahaja, ada tenaga. Hampa, takkanlah saya nak make-up sehari 100 orang. Bella cuma ambik satu hari 4 hingga 6 orang sahaja hampa…

Bella make-up ni hanya untuk beberapa bulan sahaja, buka selamanya.

Untuk hampa, kami akan bukak bulan Januari 2019. Kami akan bagitahu dah open booking, baru masuk booking. Tapi, tolonglah jujur. Kalau tak jujur itu, awk dengan Allah sahaja.

Bellaz hanya bukak untuk orang-orang yang kurang berkemmpuan sahaja. Make-up pengantin, bertunang, anniversary.
Area kedah sahaja datang butik @Bellaz beuaty.

Di ruangan komen, rata-rata ramai yang memberi kata semangat kepada Bellaz supaya jangan berputus asa dan tetap meneruskan TQ by Bellaz.

Mereka juga meminta Bellaz menghiraukan kata-kata negatif daripada mereka yang ingin menjatuhkannya.

Sumber : FB Mua Bellaz

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.