Insiden kuil Sri Maha Mariamman: JPN semak identiti perusuh

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan semakan identiti bagi mengesan status kewarganegaraan perusuh dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ia bagi mengenalpasti sama ada wujud penglibatan warga asing atau sebaliknya dalam dua insiden pada 26 dan 27 Nov itu.

Menurutnya, maklumat asas seperti nombor kad pengenalan serta sijil kelahiran diperlukan untuk mengakses maklumat setiap warganegara yang disimpan di pangkalan data JPN.

"Kalau melibatkan orang tempatan, memang kita boleh kemukakan maklumat (berdasarkan) data yang kita simpan di JPN.

"Selagi maklumat asas itu ada, nombor kad pengenalan ataupun nombor sijil kelahiran, kita boleh kesan, kita boleh semak, melalui rekod yang ada di jabatan kita," katanya.

BACA: Lapan suspek kes rusuhan kuil dihadapkan ke mahkamah

BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Polis cari 28 saksi

Mohammad Razin berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran pelaksanaan ePayment di cawangan JPN, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Setakat ini, polis telah menahan 83 individu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut manakala 13 saksi lagi masih diburu.

BACA: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman

BACA: Peguam upah 50 individu ceroboh, kawal, ambil alih kuil

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.