ICERD: Himpunan kesyukuran bebas unsur perkauman dan sensitif - Zahid

KUALA LUMPUR: Himpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada Sabtu ini dijamin bebas daripada unsur perkauman dan sensitif.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tersebut lantaran perhimpunan itu dibuat bertujuan menzahirkan kesyukuran rakyat Malaysia.

“Saya mewakili kawan-kawan dengan UMNO dan Pas akan tetap pergi dan ini mesti dipisahkan daripada isu-isu perkauman.

“Pertemuan yang kita lakukan dalam bentuk himpunan itu untuk menyatakan penghargaan, kesyukuran dan terima kasih di atas keputusan Kabinet menerusi kenyataan media menunjukkan bahawa kerajaan menolak ICERD untuk diratifikasikan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi permit untuk mengadakan himpunan tersebut, justeru pihaknya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Banyak perkara telah dilakukan terutamanya kita akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa,” katanya.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.