Hari Terakhir SPM, Gelagat Pelajar Melayu Jadi Tumpuan

::ANTARA 2 AKHLAK:::

1. Lepas selesai jawab soalan SPM..sujud syukur secara berjemaah..(bosan, TAK BEST ) lgpun ni ciri2 orang gagal dan x dapat menjawab peperiksaan dgn baik…

2. Lepas satel jwb SPM..conteng baju, berjimba, conteng tandas, calarkan kereta cikgu, bakar kerusi meja sekolah, keluar sekolah rem2 moto, merempit, bawak anak dara orang ke hulu ke hilir..(mcm ni la gempak, TERBAIK ) insan cemerlang memang kena buat bende2 ni semua…

Ye la..mak ayah korang kan memang belikan baju sekolah tu untuk diconteng..pasti mak ayah akan berasa amat bangga melihat kau balik dengan pakaian yang dipenuhi hasil seni yang sungguh hebat. Terdetik dalam hati mereka..”berbakat besar anak aku dalam bidang seni

Lagipun, korang kan dah perhempas pulas, berjuang habis2an, belajar bersungguh2 sepanjang 5 tahun di sekolah menengah..kemudian pulun lagi dengan sepenuh hati menjawab exam dengan cemerlang..

Maka betul la tu…KORANG DAH MERDEKA..!
Korang haruslah pamerkan kepada masyarakat bahawa…korang memang TERBAIK..dan result SPM yang bakal korang terima di bulan Mac tahun depan sudah semestinya gempak…

BAGUS anak muda…Simpan baju tu elok2…nanti nak masuk IPT & interview kerja..bawak sekali..confirm penemuduga akan kagum dan serta merta akan terima korang dengan hati yang terbuka..

Gelagat

~rase mcm rugi plk dulu aku x conteng baju lepas SPM, kalau tak boleh bangga tunjuk kat anak2

#SPM
#MERDEKA
#CEMERLANG
#CONTOHTERBAIK

sumber fb: muttakin akmal via Sayangawak

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.