“Gila lah buat Bungy Jumping kat Macau Tower!” -Aksi berani ‘terjunan maut’ Nabila Razali tarik perhatian peminat

Baru-baru ini penyanyi popular Nabila Razali telah ke Macau dalam lawatan kerjanya untuk Macau Tourism Malaysia. Sepanjang berada di sana, Nabila Razali banyak berkongsikan video dan foto menarik di IG Story.

Namun semalam penyanyi Pematah hati itu telah memuat naik video melakukan terjunan Bungy Jumping di Menara Macau. Seperti diketahui, terjunan Bungy Jumping di Menara Macau telah dicatatkan dalam Guninness World Record sebagai terjunan paling tinggi di dunia.

Aksi terjunan Nabila Razali telah menarik perhatian netizen yang menyifatkan penyanyi itu sebagai gadis yang sangat berani dan kental menyahut cabaran.

Di ruangan komen, rakan selebriti turut teruja melihat keberanian Nabila Razali melakukan aksi Bungy Jumping di salah satu bangunan tertinggi di dunia itu.

Elfira Loy, Aliff Satar, dan Khai Bahar antara rakan selebriti yang memuji keberanian penyanyi itu.

Sumber : IG Nabila Razali

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.