Gara2 viral nyanyi lagu Faizal Tahir, lelaki jepun ini diterbangkan ke Malaysia di hari jadinya

Masih ingat lagi tentang lelaki berwarga Jepun yang tular di media sosial gara-gara menyanyikan lagu Faizal Tahir? Video yang tular itu memaparkan lelaki tersebut menyanyikan lagu Assalamuailakum yang dirakamkan oleh beberapa orang rakyat Malaysia yang berada di Jepun ketika itu.

Beberapa bulan lalu Faizal Tahir juga pernah memuat naik videonya itu di laman Instagramnya, video itu telah menarik ramai perhatian netizen dek kerana kefasihan lelaki itu bertutur dan bernyanyi dalam Bahasa Melayu.

Oleh kerana tularnya video itu dan permintaan yang tinggi daripada netizen supaya membawa pulang lelaki itu, Faizal Tahir nekad untuk menjejaki dan membawa lelaki Jepun tersebut ke Malaysia.

Akhirnya dengan bantuan netizen dan bantuan sampingan lain, Faizal berjaya menjejaki lelaki tersebut. Beliau bertemu dengan Terry di Ikebukuro, Tokyo, Jepun. Terry atau nama sebenarnya Takaaki Torihira, 24, turut membawa Faizal ke Osaka di mana dia berasal.

Dan beberapa jam lalu, di laman rasmi Instagram radio Sinar, Faizal Tahir telah pun dilihat pulang daripada negara matahari terbit itu dengan membawa tetamu terhormatnya itu.

Faizal dan Terry juga sempat singgah di studio Sinar FM untuk ditemu bual oleh penyampai radio Adifashla dan Salleh Yaacob. Dalam temu bual tersebut, Terry turut berkongsi beberapa lagu Melayu yang diminati beliau bersama pendengar Sinar.

Dikhabarkan juga oleh sumber bahawa hari ini juga merupakan hari lahir Terry, oleh itu kedatangannya ke Malaysia dan pertemuannya dengan penyanyi yang diminatinya ini dianggap sebagai sebuah hadiah hari jadi yang paling terindah baginya. Selamat Hari Jadi Terry !

Sumber : IG Sinar FM, IG Faizal Tahir

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.