Gara2 muat naik foto Lara Alana konvo, IG Awal Ashaari dibanjiri dengan komen yang mencuit hati

Sedar tak sedar, anak kepada pasangan selebriti terkenal, Lara Alana telah pun berusia 4 tahun dan hari ini, secara rasminya Lara telah berjaya menamatkan pelajaran di salah sebuah taska terkenal di ibu negara.

Beberapa jam yang lalu, pelakon kacak, Awal Ashaari menjadi perhatian netizen setelah dilihat memuat naik sekeping foto mereka sekeluarga ketika Lara memakai jubah konvokesyennya.

Okay, dia dah graduate dah. Lepas ni siapa nak offer kerja, akan kami pertimbangkan.

Rata-rata ramai antara pengikut Awal yang mengucapkan tahniah kepada Lara dan terdapat netizen yang meninggalkan komen yang dilihat begitu mencuit hati.

Tidak kurang pula, rata-rata antara mereka berasa terhibur dengan reaksi dan tangan Lara yang dapat dilihat menerusi foto tersebut.

Lara merupakan seorang kanak-kanak yang begitu cerdik sehingga dilihat begitu fasih berkata-kata dan berbahasa Inggeris meskipun baru sahaja berusia 4 tahun.

Sumber : IG Awal Ashaari, Lara Alana 

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.