Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berdepan 13 anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam sesi inkuiri yang berlangsung di Parlimen, di sini hari ini.

Beliau yang memasuki kamar mesyuarat jam 11 pagi, keluar dua jam kemudian.

Sehingga kini, sesi inkuiri itu belum berakhir.

Beliau dikehendaki hadir semula jam 2.30 petang untuk menyambung semula sesi soal jawab tersebut.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Ambrin memberi kerjasama yang baik sepanjang prosiding itu berlangsung.

“Ambrin memberi keterangannya dan soalan-soalan daripada ahli-ahli PAC yang lain akan dijawab kemudian pada 2.30 nanti.

“Beliau memberi kerjasama yang baik dan tentu sekali membantu PAC dalam siasatan ini,” katanya ringkas ketika ditemui media usai sidang pertama prosiding tersebut.

Prosiding itu diijangka hangat apabila majoriti anggota PAC berlatar belakang peguam.

PAC memanggil Ambrin dan beberapa individu lain berhubung dakwaan 'mengubah' laporan audit 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 2016.

Pada 25 November lalu, Tan Sri Madinah Mohd dilaporkan mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit 1MDB itu dikeluarkan atas arahan bekas perdana menteri yang juga bekas menteri kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.