Disergah ibu ketika sedang live streaming main game The Sims, gelagat ibu dan anak ini memang win

Siapa yang pernah bermain permainan video (games) The Sims pastinya mengetahui tentang corak permainan ini yang membolehkan seseorang itu mereka-reka rantaian kehidupan dalam watak games.

Baru-baru telah tular video seorang lelaki yang membuat live streaming sedang bermain game The Sims. Video itu telah tular disebabkan ketika rakaman berlangsung, ibunya sedang membebel memarahinya kerana mendakwa watak dalam games tersebut disifatkan lucah dan seksi.

Celoteh antara ibu dan anak itu telah mencuit hati netizen yang terhibur.

Setelah tular, Muhammad Haqul Azim dan ibunya telah dijemput ke rancangan Motif Viral untuk bercerita tentang kisah di sebalik video yang tular itu.

Kehadiran ibu dan anak ini ke rancangan ini telah mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan celoteh ibu dan anak ini.

Hobi anaknya yang memang gemar bermain permainan video memang diketahui olehnya. Namun menurut ibu ini, dia tidak dapat menerima konsep permainan The Sims kerana dirasakan tidak masuk akal.

Menceritakan kembali detik ketika video itu tular, ibu ini menjelaskan ketika kejadian dia terkejut apabila mendengar anaknya menjerit di dalam bilik, dan dia bertindak terus masuk ke bilik namun terkejut apabila melihat adegan panas sedang terpapar di skin komputer anaknya.

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat mak dan anak ini. Ada juga yang memuji ibu ini kerana memantau anaknya dan turut sama mengetahui jenis permainan video yang dimain anaknya.

Sumber : YouTube, IG Fluffy

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.