“Dah ready sangat dah nak ada baby ni” – Fasha Sandha akui idam anak lagi

Wanita mana yang tidak berhajat untuk menimang cahaya mata lebih-lebih lagi apabila dia bakal mendirikan rumah tangga bersama insan yang tersayang tidak lama lagi.

Itulah yang dirasai oleh tunang kepada Aidil Aziz, Fasha Sandha yang mengakui dia begitu merindukan saat-saat manis untuk memiliki bayi memandangkan anaknya yang bongsu bersama Jejai, Putri Raysha Jemyma juga telah pun berusia 4 tahun.

Hajatnya untuk menimang cahaya mata itu dapat dilihat melalui satu entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Jemyma, (umur, 28 hari) Cepat masa berlalu. Rindu baby kecik.

Selain itu, rakan baiknya, Dato’ Seri Aliff Syukri juga dilihat telah memuat naik sebuah video apabila Fasha dan Jemyma datang ke rumahnya.

Dalam video tersebut, ketika Fasha memangku Yusof Al-Qardawi, Aliff Syukri ada bertanyakan kepada Fasha sama ada dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi ataupun tidak. Dengan pantas, Fasha menjawab bahawa dia sememangnya sudah bersedia memandangkan Jemyma juga kelihatan amat suka dengan bayi.

Comel tak bakal pengantin ni? Fasha Sandha tak sabar lah tu nak dapat baby lagi hehe…

Fasha dan Aidil telah bertunang pada 18 November yang lalu dan rata-rata, ramai peminat pasangan ini yang tidak sabar untuk melihat Aidil dan Fasha disatukan memandangkan mereka juga kelihatan begitu serasi apabila bersama.

Sumber : IG Fasha Sandha, Aliff Syukri

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.