Cetus Kontroversi Sebelum Ditayangkan, Polis Evo 2 Raih RM17 Juta 11 Hari Tayangan

Walaupun pelbagai kontroversi timbul sebelum ditayangkan, Polis Evo 2 setakat ini telah meraih kutipan sebanyak RM17 juta sepanjang 11 hari ditayangkan.

Sebelum ini, pihak Astro Shaw telah mengumumkan bahawa kutipan tayangan pembukaan sahaja telah mengutip sebanyak RM3.5 juta pada hari pertama.

Polis Evo 2 dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, dan ramai lagi pelakon tempatan telah ditayangkan secara rasmi pada minggu lalu, 24 November 2018.

Filem ini mengisahkan kehidupan sekumpulan polis, menjalankan misi pengintipan yang diketuai oleh Inspektor Sani, lakonan Zizan Razak di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.