Berkongsi cerita tentang kisah lalu sebelum tidur, gelagat Shakilla Khoriri & suami buat peminat terhibur 

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mempunyai perkara rutin yang biasa dilakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Begitu juga dengan pelakon cantik ini, Shakilla Khoriri yang mengakui bahawa dia dan suami, Fizi Ali amat gemar untuk berkongsikan cerita tentang masa lalu sebagai hiburan dan ‘throwback’ lebih-lebih lagi sebelum tidur.

Semalam, pelakon yang sedang sarat berbadan dua itu telah memuat naik sebuah video suaminya yang dilihat sedang menceritakan kisah lalu dalam keadaan mamai di laman Instagramnya.

My kind of bed time story. Actually ni lah masa yang tak mampu I beli sejak I berkahwin dan mengenali budak lelaki ni.
HISTORY! Setiap daripada kita pasti ada zaman NAKAL atau zaman masa muda mudi. Jangan lah malu nak share lagi2 dengan partner kita.

Tapi ni I nak share dengan korang, bukan malu tapi dengar cerita dia ni buat darah I sat tinggi sat turun. Entah apa2 entah. Aku syak dia mengantuk dan merepek ketika ni.
DAN…. Aku patut beri kepujian sebab effort dia untuk bercerita pada lewat malam untuk aku yang tak boleh tidur.

Tapi bercerita lah apa saja dengan partner korang walaupun cerita itu mungkin akan menyakitkan hati. Laaa… tak payah sentap lah kalau diorang sembang pasal benda lama. Dah lepas. Kata cerita lama. Tu kan proses kehidupan.

Tapi, kalau agak2 partner kau kaki kencing baik kau suruh dia cerita pasal cerita dongeng yang parents selalu cerita dekat anak2 dorang tu. Lebih murni. Thank you Pizi Aley.

Rata-rata, ramai yang memuji kecomelan kedua-dua pasangan itu dan terdapat juga antara pengikut Shakilla yang memuji sifat keterbukaan yang ada dalam diri pelakon cantik tersebut.

Sumber : IG Shakilla Khoriri

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.