“Belum ada rezeki nak ada anak, tapi saya boleh faham perasaan seorang ibu” – Kapsyen Siti Elizad buat netizen sebak 

Anaak-anak merupakan penyeri dalam kehidupan sesebuah keluarga dan tiada wanita yang tidak teringin untuk menimang cahaya mata sendiri selepas berumah tangga.

Itulah yang dirasai oleh pelakon cantik, Elizad Sharifuddin setelah hampir 3 tahun menunggu dan berusaha untuk menimang cahaya mata.

Semalam, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua itu telah memuat naik satu entri di laman Instagramnya dengan kapseyn yang dilihat cukup menyentuh hati netizen.

Belum ada rezeki nak jadi ibu. Tapi dah boleh rasa perasaan mak-mak kat luar sana bila korang pegi kerja.

P/S : Symptom bila cuti sekolah, anak-anak buah berkampung je kat rumah. Sejuta kali call, ingatkan ape benda lah. Emergency beli aiskrim je? Naik hantu lah makcik kau ni.

Meskipun kapsyen tersebut hanyalah untuk meluahkan rasa terhiburnya terhadap gelagat anak-anak saudaranya, namun ramai antara pengikut Elizad yang berasa sebak dan seolah-olah memahami nasib yang menimpa pelakon berusia 34 tahun itu.

Sebelum ini, Elizad juga pernah mengakui bahawa dia agak sedikit tertekan apabila ada yang bertanyakannya tentang anak.

Dia juga begitu kagum terhadap penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat begitu sabar dan tabah menunggu selama 11 tahun sebelum memperoleh Siti Aafiyah.

Sumber : IG Elizad Sharifuddin 

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.