Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM bakal dipanggil SPRM?

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dijangka dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.

Menurut sumber, beliau diminta hadir bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan audit membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dzulkifli merupakan antara saksi utama selepas pihak SPRM meneliti dokumen asal laporan akhir Audit 1MDB untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.