Aksi spontan wartawan melatah ketika interview Zaquan Adha, buat penonton tak kering gusi

Semalam tular di laman Twitter sedutan sebuah video temu bual antara wartawan siaran Astro Awani dan pemain bola Zaquan Adha.

Video itu merakamkan wartawan sukan yang dikenali sebagai Zulhelmi Zainal sedang menemu bual kapten pasukan bola sepak malaysia, Zaquan namun ketika temu bual itu berlansung sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku.

Di pertengahan temu bual itu beberapa pemain pasukan bola sepak Malaysia, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi telah melintas di belakang mereka dan mengusik wartawan tersebut. Apa yang membuatkan video ini tular adalah refleks wartawan tersebut yang melatah apabila diusik.

Pada mulanya, temu bual itu diteruskan seperti biasa namun apabila diusik berkali-kali sehingga membuatkan wartawan tersebut melatah tanpa henti, Zaquan yang sedari tadi cuba untuk mengawal reaksi wajahnya tidak dapat menahan tawa.

Sesi interview terganggu dek kerana Zaquan yang tidak dapat menahan gelaknya namun dikatakan bahawa siaran itu bukanlah siaran lansung.

Video yang tular di laman Twitter dan media sosial yang lain ini telah mendapat reaksi yang hebat daripada netizen. Rata-ratanya geli hati dengan insiden tersebut.
Apa pun kami turut mendoakan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia yang akan menentang pasukan Thailand pada malam ini. Semoga kejayaan memihak kepada pasukan Malaysia!

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.