(Video) Gara-Gara Benci Dengan Bos Sendiri, Pekerja Ludah Dalam Minuman Wanita Itu Sebelum Beri Dia Minum


Gara-gara geram dengan bos sendiri, seorang pekerja meludah ke dalam minuman ketuanya itu sebelum menyerahkan cawan kepada wanita itu untuk diminum.

Lelaki itu melakukan tindakan tersebut kerana beranggapan tiada yang melihat sedangkan perbuatan jijik itu dirakam oleh kamera yang diletakkan di dalam bilik.


Rakaman kamera menunjukkan lelaki itu dilihat melihat sekeliling terlebih dahulu bagi memastikan dia bersendirian ketika itu. Tapi dia tidak menyedari ada kamera diletakkan di dalam pejabat di Aliagarh, sebuah bandar di negeri India utara Uttar Pradesh.


Selepas menuang air ke dalam cawan logam, pembantu pejabat itu meludah sebelum melangkah perlahan.

Video tersebut yang telah dimuat naik ke media sosial menjadi viral, dan lelaki itu telah digantung tugas.

Siasatan telah bermula empat hari sebelum kejadian itu apabila ketuanya yang juga merupakan pegawai perundangan melihat perubahan dalam tingkah laku lelaki tersebut.

Setelah keadaan menjadi lebih buruk, pegawai wanita itu memutuskan untuk memasang kamera tersembunyi bagi merekod tindakan orang bawahannya yang mencurigakan.

Apabila melihat kembali rakaman, dia menyedari bahawa lelaki itu telah memberinya minum air yang telah diludah lantas memulakan prosiding kepada lelaki tersebut.

Hakim Daerah, Prem Kumar Singh mengesahkan penggantungan lelaki itu dari tugas.


Sumber : Mirror

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.