Gantung Diri Menggunakan Skarf, Kate Spade Ditemui Mati


Pereka fesyen ternama, Kate Spade, 55, meninggal dunia pada Selasa lalu selepas dipercayai membunuh diri di kediaman yang terletak di Park Avenue, New York.

Mayat Kate ditemui oleh pembantu rumahnya di rumah dalam keadaan menggantungkan diri menggunakan skarf.

Pada masa yang sama, sekeping nota ditemui berdekatan dengan mayat Kate yang dipercayai ditulis untuk anak tunggalnya yang berusia 13 tahun.


Pereka tersebut  memberitahu anak perempuannya bahawa perkara yang berlaku bukanlah kesilapannya.

Menurut sebuah laporan yang ditulis dalam laman web TMZ, nota itu tertulis: "Bea - Saya sentiasa menyayangimu. Ini bukan kesilapan awak. Tanya ayah!"

Dalam satu kenyataan, keluarga Spade berkata ''Kami semua berduka cita dengan tragedi hari ini. Kami amat menyayangi Kate dan akan merindukannya teramat sangat. Kami meminta agar privasi kami dihormati kerana kami bersedih dalam waktu yang sangat sukar ketika ini."

Sumber- TMZ

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.