(Gambar & Video) Penjaga Gol Tunisia Pura-Pura Cedera Ketika Perlawanan Untuk Beri Peluang Pasukannya Berbuka Puasa


Tular gambar Mouez Hassen, penjaga gol Tunisia baru-baru ini apabila dia 'cedera' hanya kerana mahu memberi masa untuk rakan-rakannya yang lain berbuka puasa.


Kejadian itu berlaku ketika perlawanan persahabatan iaitu menentang Portugal dan juga perlawan menentang Turki yang berlangsung di Rusia.  Mouez tiba-tiba merebahkan badannya diawal separuh masa kedua untuk menarik perhatian pengadil sementara pegawai perubatan datang untuk memberikan 'bantuan' kepadanya.


Dalam kejadian yang berlaku pada minit ke-58 dengan masa beberapa minit ditangguhkan, pemain-pemain lain berjaya 'mencuri' masa tersebut untuk lari ke tepi padang dan berbuka puasa dengan kurma dan air.
Selepas 6 minit berbuka puasa, Tunisia berjaya menyamakan kedudukan jaringan 2-2 sehingga perlawanan tamat.


Tambah menarik, apabila Mouez sekali lagi melakukan perkara yang sama 4 hari kemudian ketika menentang Afrika Utara.  Kejadian berlaku pada minit ke 49 dan perlawanan turut seri dengan 2-2 jaringan.


Perlawanan yang jatuh pada bulan Ramadhan itu akhirnya membawa tuah kepada pasukan Tunisia setelah layak ke kejohonan Piala Dunia 2018 selepas menjuarai kumpulan A kelayakan zon Afrika.  Mereka bakal beraksi di kumpulan G bersama Belgium, England dan Panama bermula 18 Jun 2018 nanti.

Siakapkeli.my

Sumber: Souhail Khmira

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.