(Video) Tindakan Berani 'Spiderman' Ini Panjat Bangunan Empat Tingkat Selamatkan Kanak-Kanak Terima Penghargaan Presiden Perancis


Seorang imigran berasal daripada Mali yang tular videonya memanjat sebuah bangunan di Perancis untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak menerima hadiah teristimewa apabila dijemput untuk bertemu oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Istana Elysee.

Mamoudou Gassama, 22, diangkat menjadi seorang wira apabila secara bersendirian memanjat dari luar sebuah bangunan dan menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang bergantung di sebuah balkoni.


Rakaman yang mamaparkan Gassama dengan pantas memanjat dari satu ke satu tingkat yang lain dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut dalam tempoh kurang 30 saat pantas menjadi sensasi media sosial terkini. Aksi Gassama memanjat bangunan tersebut turut disamakan dengan watak Marvel, Spiderman.

Gassama yang dikhabarkan baru menjejakkan kaki di Perancis beberapa bulan lalu mengimpikan sebuah kehidupan baru di Perancis bakal menjadi kenyataan selepas dijemput bertemu Presiden Macron. Mayor Paris, Anne Hidalgo turut berjanji untuk membantu Gassama menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara itu.

Rakaman kejadian yang berlaku di utara Perancis itu kini telah mendapat jutaan tontonan sejak kejadian Sabtu lalu.

''Ada jiran yang cuba membantu kanak-kanak tersebut namun gagal kerana terdapat pagar yang menghalang mereka,'' kata seorang saksi kejadian yang turut melaporkan bahawa anggota penyelamat hanya tiba di lokasi kejadian setelah Gassama menyelamatkan mangsa.


Dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak tersebut, Gamassa telah mendapat beberapa luka pada anggota badannya, manakala kanak-kanak tersebut turut mengalami luka pada jari.

''Kanak-kanak itu bernasib baik kerana ada seseorang yang sihat tubuh badan nekad untuk memanjat bangunan dan menyelamatkannya,'' kata jurucakap bomba yang memaklumkan kejadian tersebut sedang siasat.

Gassama yang berjaya dijejaki media beberapa jam kemudian memaklumkan dia tidak berfikir panjang ketika menghulurkan tangan untuk membantu kanak-kanak itu.


''Saya mendengar orang ramai menjerit dan ada pemandu yang membunyikan hon mereka. Bersyukur kepada Tuhan, saya berjaya memanjat bangunan tersebut dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

''Saya cuma merasa takut selepas menyelamatkan kanak-kanak itu. Kami kemudian masuk ke ruang tamu dan tangan saya menggeletar. Saya cuma duduk sahaja kerana tidak boleh bangun,'' kata Gamassa.



Sumber : Dailymail

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.