(Video) Lelaki Anti-Muslim Diusir Daripada Salah Sebuah Kafe Terkemuka Kerana Menghina Seorang Wanita Berniqab

Seorang lelaki kulit putih dihalau keluar dari sebuah kafe yang terletak di California selepas memarahi seorang wanita muda yang memakai niqab juga berada di dalam kafe tersebut.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak menyukai agama wanita tersebut (Islam).

Daripada rakaman yang dibuat oleh mangsa selama dua minit itu mendapati, lelaki tersebut seakan terlalu marah dengan wanita Muslim itu tanpa sebarang alasan kukuh.


"Adakah ini Halloween atau apa?", lelaki tersebut bertanya.

Wanita itu menjawab dan berkata: "Mengapa kamu bertanya sedemikian? Apa salah saya? Adakah anda tahu bahawa saya seorang Muslim? Apa masalah anda dengan pemakaian saya?", wanita tersebut menambah.

"Saya tidak suka pemakaian anda kerana saya tidak suka agama anda! Ia seperti mahu membunuh saya dan saya tidak mahu dibunuh oleh anda!"




"Adakah anda takut kepada saya? Adakah anda membaca Al-Quran? Wanita itu memotong, sambil menambah bahawa lelaki itu perlu memahami konteks kenyataan yang dikeluarkan.

Lelaki itu kemudian menjawab, "saya tidak ada masa untuk bercakap dengan orang bodoh seperti anda!"

Selepas beberapa pertengkaran berlaku, salah seorang pekerja kafe berkenaan keluar dan meminta mereka untuk tidak berbalah dan menghentikan pergaduhan itu sambil berkata kearah lelaki itu, "keluar dari sini, racist!"

Rakaman itu tersebar luas di laman media sosial serta mendapat tindak balas netizen yang rata-rata memuji pekerja tersebut kerana dikatakan menentang isu perkauman dan kebencian sesama agama.


Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.