(Video) Kucing Berbadan 'Sado' Ini Kejutkan Internet, Viral



Dua keping gambar berserta satu video yang dimuatnaik di media sosial menjadi viral di media sosial kerana kucing keadaan kucing tersebut yang kelihatan tersangat-sangat sado.

Gambar dan video kucing yang tidak diketahui namanya itu dimuat naik oleh pengguna Twitter Reva.

"Setiap hari saya terfikirkan kucing sado yang saya temukan tahun lepas." tulis Reva.


Jika dilihat pada kaki kucing terbabit, memang lain macam badan kucing belang itu. Sekali tengok macam harimau pun ada.

Mungkin ada yang berkata gambar ini telah diedit tapi Reva juga memuat naik video kucing terbabit sekaligus menolak cadangan bahawa gambar kucing belang itu diedit. Biarpun kelihatan sado, kucing terbabit tidak boleh lari dari perangai manja azalinya. Tengok macam mana dia menenehkan kepala kepada Reva dalam video dibawah.


Seorang pengguna Twitter mencadangkan bahawa kucing itu bukanlah sado sebenarnya, tetapi bahagian kaki hadapannya dipenuhi dengan lemak - sama seperti kes kucing gemuk cuma kali ini cuma dikaki hadapan.

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.