Tahukah Anda Bahawa Cemburu Melampau Adalah Satu Penyakit?

Siapa je bercinta tapi tak pernah rasa cemburu? Tipu sangatlah kalau tak pernah cemburu.  Cemburu dah seperti sebahagian daripada adat bercinta serta fitrah manusia.  Selain perasaan suka, sedih, takut dan marah, cemburu adalah salah satu perasaan yang lazim terdetik tidak hanya semasa bercinta, tetapi ia juga boleh timbul apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih bagus daripada diri sendiri dan sebagainya.

Tanpa korang sedar bahawasa cemburu adalah penyakit yang disebabkan perasaan tidak rasional serta tingkah laku ekstrim individu tersebut keatas orang lain.  Perkongsian yang kami ambil daripada portal e-Diagnosa ini menjawab apakah sebenarnya penyakit cemburu ini?  Adakah ianya merbahaya? Dan apakah punca serta rawatan untuk memulihkan penyakit ini?

1. Istilah Perubatan

Jelous: Cemburu
Morbid: Berpenyakit
Morbid jelousy: Cemburu yang berlebihan disebabkan penyakit seperti delusi ataupun obsessi
Psikopatologi: adalah kajian berkenaan penyakit mental tersebut


2. Pengenalan

Cemburu merupakan perasaan yang selalu dialami oleh manusia biasa. Ia suatu perasaan yang normal tetapi kompleks. Mengikut kamus dewan bahasa cemburu juga bermaksud perasaan kurang percaya ataupun syak wasangka kepada seseorang.

Othello syndrome juga dikenali sebagai ‘Morbid Jealousy‘

Dalam Oxford English dictionary perkataan ‘Jelous’ bermaksud ‘feeling or showing resentment towards a person one thinks of as a rival’.

Iaitu perasaan ataupun kemarahan yang ditunjukkan pada seseorang yang dianggap sebagai pesaing.

Daripada definisi tersebut kita mengetahui bahawa isu utama kepada cumburu tersebut adalah disebabkan perasaan wujudnya persaingan.

Cemburu dalam hubungan suami isteri pula bermaksud tingkah laku yang dibuat untuk pemilikan pasangan secara sepenuhnya supaya penurunan baka dapat dibuat tanpa gangguan sebarang pesaing.


3. Morbid Jealousy (juga dikenali sebagai Othello syndrome)

Morbid Jealousy pula adalah pemikiran dan perasaan yang tidak rasional bersama dengan tingkah laku yang ekstrim dimana dia merasakan pasangannya tidak jujur walaupun perkara tersebut tiada pembuktian(Cobb,1979)

Dalam masalah ini individu tersebut akan mengalami dua perkara
Rasa cemburu yang melampau walaupun tiada bukti yang pasangan itu curang
Tindakan yang dilakukan adalah sesuatu yang tidak rasional dan berlebih-lebihan. Seperti tindakan yang aggresif

Individu yang sihat hanya bertindak ataupun merasa cemburu jika wujudnya bukti pasangan mereka curang. Dan pemikiran mereka akan berubah jika mendapat bukti baru yang sebenarnya pasangan mereka tidak curang.

Berlainan dengan mereka yang mengalami pesakit ini, walaupun diberikan bukti yang kukuh bahawa pasangan mereka tidak curang, individu tersebut masih lagi merasakan bahawa pasangannya curang terhadapnya.


4. Psikopatologi

Di dalam morbid jealousy, kandungan psikopatologi nya adalah disebabkan pemikiran yang merasakan pasangnya curang. Psikopatologi yang selalu dikaitkan dengan morbid jealousy adalah delusi, obsesi dan juga idea yang berlebihan.

4.1 Delusion (Delusi)

Ada beberapa doktor yang mengaitkan morbid jealousy seperti salah satu keadaan delusi

Delusi adalah salah satu kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara walaupun ia jelas salah(Fixed false belief) dan tidak dapat diubah walaupun dengan sebarang pembuktian.

Sebagai contoh seorang individu ini merasakan dirinya itu adalah raja. Sedangkan dia hanyalah orang yang miskin tinggal di tepi jalan. Kita pun tunjukkan bahawa rumahnya usang, tiada duit, pakaian compang-camping dan sebagainya. Tetapi dia yakin dan tidak berubah pemikirannya bahawa dia merasakan dia adalah masih seorang raja. Orang-orang macam ini adalah orang yang mengalami delusi dan istilah tepat baginya adalah ‘Delusion of grandiosity‘

Individu yang mengalami masalah Morbid jealousy mungkin mengalami masalah ‘Delusion of infidelity’ (delusi kecurangan) iaitu dalam pemikirannya dia merasakan pasangnya curang walaupun diberikan dengan pelbagai pembuktian.



4.1 Obsession (Obsessi)

Dalam ‘obessesional jealousy’ ataupun obsessi cemburu ia melibatkan pemikiran cemburu yang berlebih-lebihan dan ia diikuti dengan tindakan yang kompulsif ataupun berulang-ulang sebagai contoh sentiasa menghubungi pasangan dan bertanyakan dimana dia berada.

Secara mudahnya, obsessi cemburu akan menyebabkan
Obsessi: Otak akan asyik terfikir secara berterusan sama ada pasanganya curang ataupun tidak
Kompulsif: individu tersebut akan sentiasa melakukan pemeriksaan pada pasangannya.

Keadaan-keadaan tersebut akan menyebabkan individu yang mengalami masalah ini melalukan beberapa perkara seperti:
  • Menuduh pasangan memberi perhatian lebih kepada orang lain
  • Memeriksa setiap mesej daripada telefon
  • Memeriksa setiap panggilan keluar dan masuk
  • Tidak membenarkan sebarang akaun di media sosial
  • Selalu menghubungi pasangan dan bertanyakan dia berada dimana
  • Mengasingkan pasangan daripada keluarga dan kawan
  • Menuduh pasangan curang apabila pasangan cuba mengelakkan diri daripada didera
  • Perkataan kasar dan menuduh pasangannya curang
5. Punca Penyakit Cemburu

5.1 Fungsi seksual yang terganggu

Contohnya apabila fungsi seksual seorang itu terganggu, dia akan risau pasangannya mencari orang lain untuk memenuhi kehendak seksualnya. Disebabkan perkara tersebut, individu itu akan sentiasa terfikir sama ada pasangan itu curang padanya ataupun tidak



5.2 Perkahwinan dan faktor sosial

Ada sesetengah budaya yang menganggap pasangannya adalah hak miliknya. Terutama apabila suaminya lebih dominant dan isterinya yang submisif. Ia adalah suatu perkara yang normal tetapi ada sesetangah budaya yang terlampau menjaga perkara tersebut hingga menyatakan tindakan aggresif kepada pasangannya terutama kepada isteri sebagai satu tindakan yang betul.

Apabila berhadapan situasi seperti ini, ia perlu lebih evaluasi lagi sama ada ianya cemburu yang biasa ataupun morbid jealousy

5.3 Penggunaan alcohol dan juga dadah

Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bahawa salah guna alkohol telah meningkatkan keberangkalian seseorang itu mempunyai Morbid Jealousy.

Pengambilan afetamin dan kokain pula boleh menyebabkan ‘delusion of infidelity’

Ia juga boleh disebabkan beberapa faktor yang lain


6. Rawatan penyakit cemburu

Kami tidak akan menceritakan cara rawatan secara spesifik kerana rawatannya memerlukan penglibatan pesakit dan doktor secara langsung. Bagi ahli keluarga yang mengalami masalah ini lebih baik dibawa terus berjumpa pakar psikiatri.

Tetapi secara ringkasnya rawatan akan melibatkan penggunaan ubat-ubatan bergantung kepada diagnosis penyakit. Intervensi psikososial seperti terapi kognitif, psikoterapi dinamik secara individu dan beberapa jenis terapi yang lain akan diberikan kepada pesakit untuk merubah cara fikir dan cara berhadapan dengan situasi tersebut.  Penggunaan dadah ataupun pengambilan alkohol juga perlu diberhentikan.


Sumber: e-Diagnosa

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.