Cara Berkesan Bagaimana Untuk Menjaga Mulut Agar Tidak Berbau Terutamanya Pada Bulan Puasa


Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi di mana semua umat Islam seluruh dunia akan berpuasa menahan lapar dan dahaga selain beberapa syariat yang ditetapkan tidak boleh dilakukan selama sebulan bagi menunaikan rukun Islam ketiga.

Di Malaysia umat Islam akan berpuasa selama 13 jam setiap hari, masalah halitosis atau bau mulut adalah perkara biasa yang terjadi kepada mereka yang berpuasa dimana punca utama antara 80 hingga 90 peratus disebabkan keadaan dalam mulut itu sendiri yang tidak dibersihkan dengan betul sehingga memudahkan pembiakan bakteria yang menghasilkan bau.

Menurut pakar, faktor pemakanan juga menjadi punca seperti bawang putih, bawang merah, keju, susu, daging dan sebagainya selain penyakit-penyakit yang mungkin dihadapi.

Masalah nafas berbau akan menjadi lebih kronik ketika berpuasa disebabkan rembesan air liur kurang dihasilkan kerana kita tidak makan di mana air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi, sebab itu selepas bangun tidur mulut kita berbau kerana semasa tidur aktiviti rembesan air liur kurang membuatkan mulut kurang oksigen sekali gus akan berlaku pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Jadi bagaimana untuk mengurangkan nafas berbau terutamanya ketika berpuasa nanti? Jom baca beberapa tips penting penjagaan mulut ini yang pasti berkesan.

1. Elakkan dari mengambil makanan berbau terutamanya ketika sahur


Pengambilan makanan yang berbau seperti bawang, bawang putih, susu, keju, daging, telur, petai, jering dan seangkatan dengannya akan membuatkan mulut cepat berbau, jika anda memakan makanan ini, cuci mulut atau berus gigi dengan betul untuk elakkan mulut berbau.

2. Minum banyak air kosong semasa sahur dan selepas berbuka.


Banyakkan meminum air kosong atau air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.

3. . Berkumur dengan cecair kumur mulut



Ramai orang salah faham, bagi mereka berus gigi sahaja mulut sudah bersih, perlu tahu selain gigi bakteria juga ada pada kawasan mulut yang lain iaitu pada lidah dan gusi. Jadi bahagian ini juga perlu dicuci dengan menggunakan berus gigi yang 'soft'. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan lebihan makanan di mana lebihan makanan dicelah gigi yang menjadi punca bakteria terhasil.

Gosok gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas sahur dan selepas berbuka puasa sudah mencukupi, terserah jika mahu gosok seperti kebiasaan sebelum tidur.

Selain memberus gigi, berkumur dua kali sehari bukan sahaja cara yang terbaik untuk mengekalkan nafas anda, dengan berkumur ia memastikan mulut anda keseluruhan dicuci. Ketika ini sudah pasti cecair kumur mulut terbaik sudah pastinya Listerine.


Listerine sangat sesuai digunakan pada bulan puasa kerana ia berfungsi menghapuskan punca nafas berbau di dalam mulut dan bertahan hingga 12 jam. Ia juga membunuh bakteria dalam mulut selain mengawal pembentukan plak dan membantu mencegah kaviti.

Cara gunanya adalah hanya perlu berkumur bersungguh-sungguh 30 saat selepas sahur dan sebelum tidur, cecair kumur mulut ini berkesan mengelakkan bakteria dalam sampel plak dan air liur dalam hanya 30 saat semasa berkumur. Jadi ia sudah pasti memastikan mulut anda benar-benar bersih.

Berdasarkan kajian, berkumur dengan Listerine juga terbukti membantu masalah gusi.

Cadangan adalah gunakan Listerine Green Tea kerana ianya pilihan terbaik untuk memberi kesegaran kepada mulut dan menghilangkan bau-bau yang tidak selesa kepada mulut walaupun ketika berpuasa kerana baunya yang memang wangi selain amat berkesan untuk mencegah kaviti untuk gigi yang lebih kuat.

4. Kurang bercakap

Apabila kita banyak bercakap, air liur akan cepat menjadi pekat kerana mulut anda kering ketika berpuasa.

5. Berjumpa doktor


Jika nafas anda masih berbau walaupun sudah berkumur dengan cecair kumur mulut atau sudah menggosok gigi dengan betul, jumpalah dengan doktor kerana ianya mungkin berpunca daripada masalah pada gigi atau gusi.

Jadi, mudahkan sebenarnya nak elakkan mulut berbau, ianya bukan sahaja terpakai pada bulan puasa, bulan biasa pun sepatutnya dijadikan sebagai satu keperluan untuk menjaga mulut anda.  - Siakapkeli.my

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.