Antara Syarat Wajib Dan Waktu Membayar, Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenani Zakat Fitrah, Jangan Lupa Bayar Okay


Umat Islam di seluruh dunia baru sahaja menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan sejak seminggu yang lalu. Walaupun berbaki sekitar 3 minggu lagi, namun kemeriahan Syawal sudah semakin dirasai. Iklan-iklan raya sudah mula bersiaran di kaca televisyen.

Bukan itu sahaja, pelbagai promosi, potongan harga dan tawaran kini giat dijalankan oleh peniaga-peniaga kuih raya, baju raya mahupun perabot raya. Semuanya tidak mahu ketinggalan dalam menyerikan hari kemenangan umat Islam itu.

Namun dalam kegembiraan, kita seharusnya tidak boleh melupakan perkara-perkara wajib yang perlu diutamakan terlebih dahulu sebagai Muslim yang patuh pada ajaran Islam. Antaranya mengeluarkan zakat fitrah sama ada untuk diri sendiri ataupun tanggungannya.

Menurut rencana yang disiarkan di portal Majlis Agama Islam Negeri Johor, zakat fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas diri setiap individu Muslim tidak kira lelaki mahupun perempuan dalam bulan Ramadan mengikut syarat-syarat tertentu.

Dalam rencana yang sama juga ada menyebut bahawa hukum mengeluarkan zakat adalah wajib bagi orang Islam yang merdeka dan mampu pada waktunya. Orang Islam yang dimaksudkan adalah golongan tua dan muda, lelaki dan perempuan, berakal ataupun tidak.

Ini adalah maklumat-maklumat yang perlu anda tahu sebagai seseorang Muslim yang wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Syarat-Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Orang Islam yang merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluannya dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib zakat fitrah apabila terbenam matahari pada akhir Ramdan.


Orang Yang Tak Diwajibkan Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Mereka yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadan.

2. Bayi yang lahir selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

3. Mereka yang memeluk agama Islam selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

4. Tangungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Raamadan.

Terdapat lima keadaan mengenai waktu-waktu bagi Orang Islam yang merdeka untuk mengeluarkan zakat fitrah ini.


Waktu Membayar Zakat Fitrah.

1. Harus - Bermula daripada awal Ramadan hingga akhir Ramadan.

2. Wajib - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

3. Afdal - Selepas solat Subuh pada akhir Ramadan sehinggalah sebelum Solat Sunat Aidilfitri dikerjakan.

4. Makhruh - Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri hingga terbenam matahari.

5. Haram - Selepas terbenam matahari Hari Aidilfitri.

Sumber Gambar : BERNAMA

Apa yang perlu anda tahu mengenai jenis dan jumlah bayaran zakat fitrah?

1. Jenis zakat fitrah yang dikeluarkan adalah mengikut makanan asasi sesuatu negara. Di Malaysia, zakat fitrah berdasarkan beras.

2. Kadar berdasarkan beras yang perlu dikeluarkan adalah satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.6 kilogram.

3. Nilai ini berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakkan orang di sesuatu negeri.


Lafaz akad zakat fitrah terbahagi kepada tiga :

1. Lafaz diri sendiri

Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz diri sendiri dan tanggungan

Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak

Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili (nama) pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.


Apa yang berlaku jika anda tidak membayar zakat?

Selain berdosa, anda juga boleh diambil tindakan oleh Majlis Agama Islam mana-mana negeri. Setiap Majlis Agama Islam negeri sudah mempunyai undang-undangnya yang tersendiri dan berbeza dengan negeri yang lain. Hukuman yang boleh dikenakan adalah dalam bentuk denda ataupun penjara.

So, jangan lupa jalankan tanggungjawab anda untuk membayar zakat sebagai seorang yang beragama Islam ya!

Sumber : Majlis Agama Islam Negeri Johor

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.