
Walaupun dikritik, tetapi Vida tetap tidak mempedulikan kutukan orang kerana beliau mengganggap perbuatan itu tidak salah sebaliknya sebagai langkah mempromosikan produk berkenaan sebagai penaja rancangan itu.
"Mereka tidak berada di tempat saya. Saya mengeluarkan jutaan ringgit untuk menaja anugerah itu dan saya perlu cuba sesuatu yang baharu untuk menjual produk saya.
"Sudah bermacam-macam cara dan kaedah saya lakukan untuk jual produk dan kali ini saya kena tampil dengan sesuatu di luar kotak maka itu adalah hasilnya," kata beliau kepada mStar Online.
Tag : ABPBH2017 , Berita Artis , iklan produk , Jutawan , Kontroversi , Vida