Waran Tangkap Ananda Krishnan : India Perlu Pohon Kebenaran Mahkamah Malaysia Sebelum Tindakan Selanjutnya - KPN



SHAH ALAM, 2 Ogos - Susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh India terhadap tokoh telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanak syarikatnya berhubung kes penggubahan wang haram di India, PDRM berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah dari mahkamah negara ini.

"Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar

This blog is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.